Latar Belakang Produk:
HydroFuel Car System adalah merupakan produk aksesori kereta yang menggunakan Hydrogen Fuel Technology (HFT). Teknologi ini menggunakan air sebagai bahan bakar pelengkap kepada petrol/diesel. Melalui kaedah Nano Teknologi, air dipecahkan kepada hidrogen dan oksigen yang kemudiannya akan bergabung dengan petrol/diesel dalam injin untuk tujuan pembakaran.
Produk ini yang boleh mengurangkan penggunaan minyak sebanyak 50% - 75% dan mesra alam adalah yang pertama seumpamanya di dunia dan akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2007 di Malaysia.
Teknologi ini merupakan teknologi pertama dikomersilkan di dunia walaupun BMW telah bermula membuat kajian sejak tahun 1975. Hidrogen Fuel Technology (HFT) yang mana juga dikenali sebagai Hydroxene, telah dipatenkan 4 tahun lepas, dan telah dipaten semula pada akhir tahun 2006 oleh Dr Halim.
Pencipta teknologi ini, Dr Halim yang juga merupakan seorang doctorate dalam Fizik daripada University of Birmingham, United Kingdom menjalankan kajian dan beroperasi di pejabat dan pusat kajian di Putrajaya.
Menurut beliau, cuma 12 orang sahaja di seluruh dunia yang mengetahui bagaimana Hydroxene (HFT) berfungsi tetapi pengetahuan mereka terhad kepada 70% daripada teknologi tersebut. Beberapa tawaran telah dibuat kepada beliau termasuk tawaran daripada luar negara untuk membeli teknologi tersebut, ada yang bernilai sehingga US$26 juta ( RM95.7juta). Tetapi beliau memilih untuk menyimpan teknologi ini utk kegunaan masyarakat Malaysia.
Pakej Istimewa Authorised Dealer (AD):
Pakej istimewa AD ini terbuka untuk jangkamasa yang terhad. Mereka yang berminat cuma perlu membayar RM50,000 untuk "dealership fee". Stok produk yang bernilai sehingga RM150,000 akan disediakan oleh syarikat melalui perjanjian perkongsian untung yang menarik. Selain daripada sokongan modal, anda akan diberi sokongan promosi dan pengiklanan dari syarikat dimana nama-nama anda akan dicetak di dalam iklan akhbar. Iklan-iklan lain seperti radio, televisyen, majalah, bunting, billboard dan sebagainya juga akan dijalankan oleh pihak syarikat. Sebaik sahaja pakej istimewa ini ditutup, pakej AD akan ditawarkan pada harga yang lebih tinggi, RM200,000.